Kadar Terkini Saman AES, RM150 - Liow


PUTRAJAYA - Kabinet telah meluluskan kadar saman yang dikeluarkan bagi kesalahan yang direkod Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), pada kadar RM150, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Penetapan kadar bayaran saman itu dibuat dalam mesyuarat kabinet baru-baru ini. 

Liow juga turut menafikan khabar angin bahawa kerajaan akan menghapuskan kira-kira 1.6 juta saman AES yang telah dikeluarkan sejak mula beroperasi pada 2012. 

"Kami tidak akan menghapuskan saman itu. Mereka (pesalah trafik) perlu membayarnya, juga pada kadar RM150 setiap saman," tegasnya. 

Beliau berkata, mana-mana pesalah trafik yang gagal membayar saman AES akan disenarai hitam dan tidak dibenarkan untuk memperbaharui lesen memandu. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.