'Kalau Rasa Susah Beli Minyak Masak Paket, Belilah Minyak Masak Botol' - Menteri KPDNKK


KUALA LUMPUR - "Jika mereka (rakyat) rasa susah beli minyak masak paket plastik dan mahu beli minyak masak botol yang lebih besar, silakan." ujar Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin, lapor Sinar Harian

Beliau berkata demikia ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah-BN) mengenai kenaikan harga minyak masak di pasaran bagi kategori 3kg dan 5kg. 

Menurut Hamzah, rakyat yang mahu membeli minyak masak bagi dua kategori itu perlu membeli dengan harga pasaran, bukan lagi pada harga subsidi kerana kerajaan hanya memperuntukkan subsidi ke atas minyak masak paket plastik 1kg sahaja.

"Ada kumpulan yang memang memerlukan minyak masak tetapi tidak sanggup membeli dengan harga yang tinggi. Adlaah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan semua kumpulan mampu membeli minyak masak. Sebab itu Kerajaan memberikan subsidi pada minyak masak paket plastik 1kg," katanya. 

Sebelum pengumuman Bajet 2017, Persatuan Pekilang-pekilang Minyak Makan Malaya (MEOMA) mendakwa harga minyak masak akan dinaikan. Namun disangkal oleh Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani dan memaklumkan rakyat akan terus menerima subsidi minyak masak daripada kerajaan.

No comments

Powered by Blogger.