Lelaki Ditahan, Paksa 3 Remaja & 2 Kanak-Kanak Perempuan Jual Produk SM Amin


RAUB, PAHANG - Seorang lelaki bersama lima tiga remaja dan dua kanak-kanak perempuan dipercayai mangsa eksploitasi telah ditahan dalam pemantauan Op Pengemis di Bandar Raub Perdana, Rabu lalu. 

Dalam pemantauan operasi yang dilakukan pada jam 8.30 malam itu, tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan dua kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun yang sedang menjual beberapa barangan kepada orang awam. 

Pemeriksaan pada dua kanak-kanak berkenaan mendapati, kedua-duanya berasal dari Kuala Menanti Tasek Beris, Sik, Kedah, menjual botol gel herba keluaran badan amal SM Amin dan kalendar Islam. 

Bertindak di atas maklumat yang diberi, seorang lelaki bersama tiga lagi kanak-kanak perempuan ditahan. Sham bin Tasu, 43, ditahan ketika sedang menunggu dua kanak-kanak berkenaan di hadapan CIMB Bank, Bandar Raub Perdana, di dalam kereta Perodua Alza. 

Menurut tiga kanak-kanak masing-masing berusia 12 hingga 13 tahun yang ditemui dalam kereta tersebut, mereka mengaku baru selesai menjual di Maybank Raub. Turut ditemui dalam beg tiga kanak-kanak berkenaan, tiga salinan surat 'Pertubuhan Pendidikan dan Latihan Amal Bistari' dan 17 botol gel herba keluaran Badan Amal SM Amin. 

Hasil siasatan yang dijalankan, kesemua mangsa dan suspek tiba di Raub pada jam 4 petang dari Kuala Lumpur. Tiba di lokasi, suspek terus menurunkan kesemua kanak-kanak terbabit di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai. 

Suspek sebelum ini juga pernah ditahan di Bercham, Ipoh, pada 7 Oktober 2016, atas kesalahan yang sama. 

Kesemua kanak-kanak tersebut dipercayai mangsa eksploitasi kanak-kanak telah diselamatkan. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.