Mayat Ditemui Dengan 33 Paket Dadah Dalam Perut


AMPANG - Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui oleh orang awam di Jalan 2/2 Pandan Cahaya, Ampang, Jumaat lalu. 

Polis telah dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu pada jam 4.15 petang oleh seorang lelaki dan mayat tersebut dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Kuala Lumpur untuk bedah siasat. 

Hasil bedah siasat pihak Forensik HUKM mendapati, sebanyak 33 paket dadah jenis syabu dengan jumlah berat keseluruhan 300 gram bernilai RM20,000 telah ditemui dalam perut mayat. 

Keputusan ujian air kencing mayat juga negatif, malah tiada sebarang rekod jenayah lampau mengenai mayat yang dipercayai warganegara Indonesia itu. 

Polis sehinggak ini masih menjalankan siasatan. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.