Murid Dicubit 20 Kali Oleh Ustazah Kerana Gagal Hafal Bahasa Arab


MELAKA - Gagal menghafal Bahasa Arab, seorang murid darjah lima di sebuah sekolah rendah di Ayer Molek, mendakwa dia dicubit oleh ustazah sehingga meninggalkan 20 kesan lebam di lengan dan belakang badan, lapor Harian Metro

Menurut bapa mangsa, Mohd Nizam Othman, 32, berkata, dalam kejadian pada 4 Oktober lalu, anak lelakinya itu mendakwa dia dicubit sehingga meninggalkan lebam kerana tidak menghafal Bahasa Arab.

"Sebelum ini dia ada mengadu dicubit tetapi saya dan isteri memarahinya semula kerana beranggapan dia tidak memberi perhatian. Namun tidak menyangka keadaan sebaliknya berlaku. 

"Malam itu dia menangis tidak dapat tidur. Apabila ditanya, dia kemudian memberitahu dicubit oleh ustazah lalu menunjukkan kesan lebam di tangan dan belakang badan," katanya. 

Terkejut melihat 20 kesan lebam lama dan baru akibat dicubit di badan mangsa, Nizam kemudian membawa anaknya ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan. 

Doktor kemudian mengesahkan mangsa didera sebelum membuat laporan di Balai Polis Tiang Dua. 

Susulan kejadian itu juga, mangsa sering menangis dan tidak mahu ke sekolah kerana takut, selain sehingga kini ustazah berkenaan masih mengajar kelas anaknya. 

No comments

Powered by Blogger.