'Myvi Inilah Punca Kemalangan Berderet' - Mangsa


PUCHONG, SELANGOR - Kegilaan seorang pemandu kereta kompak, Perodua Myvi, yang gemar 'mencilok' telah menyebabkan beberapa buah kereta di lorong kanan terlibat dalam kemalangan berderet. 

Soleh Abd Wahab yang memuat naik video dan gambar bukti itu berkata, sikap pemandu berkenaan yang tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan tiga buah kenderaan termasuk keretanya berlanggar, dalam kejadian jam 4.15 petang, Isnin lalu.

"Kereta Myvi putih inilah punca kemalangan berderet yang melibatkan kereta saya tadi. Kalau nak berlumba, pergi Litar Sepang la. Tak pasal-pasal orang lain yang kemalangan kerana perangai macam syaitan memandu secara melulu di jalan raya," katanya. 

Soleh berkata, video yang dimuat naiknya itu diperoleh dari salah seorang mangsa yang memandu di belakangnya pada ketika kejadian itu berlaku.  

"Video ini diberi oleh Encik Leon yang terlanggar kereta saya sebab pemandu (wanita) di belakang keretanya tidak sempat menekan brek lalu menghentam keretanya sebelum tersorong dan melanggar kereta saya. Nasib baik saya tak langgar kereta di depan. Syukur," katanya. 

Justeru, Soleh menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan pemandu kereta Perodua Myvi berkenaan yang memandu secara bahaya. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.