Nak Pergi Kenduri Kahwin, Dapat Hadiah Penumbuk Dari 'Abang Kawasan'


MASAI, JOHOR - Hanya kerana pelanggaran yang dipercayai tidak serius, seorang lelaki ditumbuk dan dipijak oleh seorang 'Abang Kawasan', Sabtu lalu. 

Dalam kejadian lebih kurang jam 3.15 petang di Jalan Nenas Taman Kota Masai itu, mangsa yang dalam perjalanan untuk menghadiri kenduri kahwin, namun dihalang oleh sebuah kereta Proton Saga JDH1128 (putih). 

"Lelaki telah menghalang laluan kereta saya dengan sengaja sebelum datang dalam keadaan marah dan memaklumkan bahawa saya telah melanggar keretanya semasa berada di persimpangan lampu isyarat. 

"Dia menyuruh saya keluar, namun saya tidak mahu melayannya menyebabkan dia tiba-tiba menendang pintu kereta dan terus menumbuk muka saya sehingga terjatuh sebelum dipijak," kata mangsa. 

Mujur orang awam yang berada di kawasan kejadian datang membantu mangsa dan apabila orang semakin ramai, lelaki tersebut segera melarikan diri. 

"Dia beritahu saya, dia orang besar di kawasan ini," kata mangsa lagi. 

Ekoran kejadian itu, mangsa cedera di bahagia kelopak mata dan cedera di bahagian dalaman perut. Mangsa telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, anak mangsa, Aien Naz, telah memuat naik gambar kereta dan lelaki berkenaan serta meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya tampil membantu. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.