Nora Tersingkir Dari GV3


SHAH ALAM - Peserta separuh akhir Gegar Vaganza 3 (GV3) Nora Ariffin, tersingkir dari melangkah ke pentas akhir, lapor Berita Harian.

Seramai 12 peserta yang bersaing dalam GV3, kini tinggal Azharina Azhar, Siti Sarah, Zarul, Intan Sarafina, Ameng dan Gmie. 

Pada pentas separuh akhir yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi, semua peserta membawa dua lagu iaitu solo dan duet bersama penyanyi undangan masing-masing. 

Dalam pertandingan akhir pada Ahad ini, enam peserta tinggal akan mempersembahkan dua buah lagu. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.