Pasangan Maut Dihempap Kren Tumbang

Foto dari Facebook

KLANG - Seorang lelaki dan wanita yang dipercayai pasangan suami isteri, maut selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka ditimpa kren statik yang tumbang di Persiaran Astana, Meru, tengah hari tadi, lapor Harian Metro

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 12.35 tengah hari tadi, mangsa, Abd Rahim Abd Rahman, 61, dan Nurhayati, 56, maut di lokasi kejadian. 

Jurucakap Bomba Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan awam berhubung kejadian itu pada jam 12.35 tengah hari sebelum mengerahkan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang ke lokasi kejadian. 

"Pemeriksaan mendapati, kereta yang melalui jalan itu dihempap satu kren statik projek pembinaan di kawasan berkenaan. 

"Dua mangsa iaitu lelaki dan wanita yang berada di dalam kereta itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di bahagian kepala," katanya. 






Kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.