'Harap Ada Sedikit Pelepasan Cukai Untuk Selebriti Yang Banyak Keluarkan Wang Untuk Penampilan Diri' - Nora Danish


KUALA LUMPUR - Susulan kes Rozita Che Wan tidak mampu membayar cukai pendapatan yang hampir mencecah jutaan ringgit beberapa hari lalu, Nora Danish tampil berkongsikan pandangannya bahawa golongan penggiat seni wajar diberikan pelepasan cukai. 

Lapor The Malay Mail Online, Nora Danish yang bercinta dengan anak Menteri Pelancongan itu berkata, penggiat seni wajar diberikan pelepasan cukai bagi menampung kos 'penampilan diri' agar sesuatu dengan status mereka sebagai selebriti. Malah, beliau turut meminta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menimbangkan saranannya kerana penggiat seni perlu berbelanja besar untuk kekal cantik. 

"Bagi saya sebagai rakyat Malaysia, memang ini adalah tanggungjawab kita (untuk membayar cukai). Cuma apa yang saya harapkan ada sikit pelepasan untuk selebiriti seperti kami ini," katanya kepada Utusan Malaysia

"Bukan apa, dalam waktu sekarang kami banyak mengeluarkan wang untuk penampilan diri. Jadi ini adalah sebahagian daripada kerja dan ia barangkali boleh dimasukkan sebagai kos kerja kami," katanya. 

Menurut pelakon yang terkenal dengan drama sitkom Puteri yang popular pada tahun 2005 itu berkata, pelepasan cukai untuk 'penampilan diri' baik untuk artis dan selebriti yang bergantung kepada penampilan dan personaliti diri apabila muncul di khalayak.


Sementara itu di media sosial, netizen menganggap saranan Nora Danish itu tidak masuk akal dan laman Instagram Nora Danish kini turut diserang oleh netizen. - The Reporter

Artikel berkaitan:
'Saya Tak Pernah Minta Pelepasan Cukai' - Nora Danish

No comments

Powered by Blogger.