Potong Gaji, Buang Kerja Jika Penjawat Awam Sertai Perhimpunan Sabtu Ini - KSN


PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa mengingatkan para penjawat awam agar tidak menyertai sebarang kumpulan atau perhimpunan di ibu negara Sabtu ini atau berdepan dengan tindakan tatatertib, temasuk dibuang kerja atau potong gaji, lapor Free Malaysia Today

Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana penjawat awam jika gambar mereka terlibat dalam perhimpunan itu disiarkan media. 

Bagaimanapun, bentuk tindakan yang akan diambil terhadap penjawat awam yang terlibat, bergantung kepada tahap pengelibatan mereka. 

"Kalau ada (penjawat awam) yang jadi pemimpin, tindakan yang dikenakan berbeza daripada yang lain (penjawat awam yang menjadi peserta). Tindakan akan diambil berdasarkan gambar serta aduan yang diterima

"Lazimnya penjawat awam tahu mereka tidak boleh menyertai mana-mana perhimpunan haram dan beliau berharap mereka akan mematuhi peraturan itu," katanya. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.