Potong Gaji, Halang Kenaikan Pangkat Atau Buang Kerja Penjawat Awam Yang Melakukan Kesalahan


KUALA TERENGGANU - Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa menganggap amalan menghukum penjawat awam yang melakukan kesalahan tatatertib dengan hanya memberi amaran secara pentadbiran adalah terlalu ringan dan perlu dihentikan, lapor Malay Mail

Malah beliau berkata, amalan itu tidak mencerminkan aspirasi kerajan dalam memastikan semua penjawat awam benar-benar bersih daripada semua perlakuan negatif yang boleh menjejaskan perkhidmatan mereka kepada rakyat. 

"Amalan secara pentadbiran ini adalah amaran tanpa rekod. Sepatutnya penjawat awam yang melakukan kesalahan perlu diberi amaran dan tindakan tatatertib daripada potongan gaji, tiada kenaikan pangkat sehingga sampai ke peringkat buang kerja.

"Jika kena amaran, tindakan paling minimum yang dia terpaksa hadapi ialah tiada kenaikan pangkat selama setahun. Jadi kita akan mengeluarkan pekeliling kepada ketua jabatan supaya amalan mengeluarkan amaran secara pentadbiran ini tidak lagi digunakan selepas ini," katanya. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.