'Rupanya Hari Kebanggaan Kita Tanpa Seorang Ibu Jauh Lebih Menyakitkan'


Jangkaan saya, perjuangan belajar itu terlalu perit. Rupanya hari kebanggaan kita tanpa seorang ibu jauh lebih menyakitkan dan hiba pagi saya hari ini. 

I survived 3 years undegraduate lif in IIUM with Bachelor of Human Sc (Political Science) (First Class Honours). Expecting to be graduted in January 2017 instead of January 2016. I managed to anticipate it. Kerana saya mengerti akan harga sebuah derita. 

Rasa puas dan bangga dengan apa yang dicapai. Tidak ternilai pengorbanan ibu membesarkan saya dalam sebuah kampung dan kasih ayah yang sentiasa mengutamakan pendidikan. 

Masih terbayang kecewanya ibu saya apabila saya gagal Ujian Peta Kajian Tempatan Tahun 5 dan sanggup keluarkan wangnya membelikan peta untuk saya hafal. Ibu saya seorang yang pantang anaknya rendah pengetahuan am. 

Hasilnya, hari ini saya berada dalam Sains Sosial seperti minat ibu saya semasa mudanya. Hari ini saya masih melunas amanat impian ibu saya untuk belajar di UIAM. Andai dia masih bernyawa, gegak gempitalah cerita dibawa anaknya pelajar terbaik Sains Politik. Rasa bertuah usaha membesarkan. 

Yang tinggal bersama saya, hanyalah seorang ayah yang gigih membesarkan saya. Mengorbankan masa apabila saya sakit. 

Mungkin kalian boleh berkata betapa sombongnya seorang Zubair dalam statusnya. Tetapi tahukah kalian, masa kecil saya dalam keluarga berpendapatan rendah. Dengan ayah saya berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki dan ibu mengambil upah menjahit dan menjual hasil tanaman kampung. 

Mana mungkin saya lupa 50 sen duit belanja persekolahan dan pergi ke sekolah dengan menaiki motosikal capuk. Mana mungkin saya lupa saat terakhir ibu saya bertarung dengan kanser setelah jutaan pengorbanan diberikan kepada saya. 

Saya bukan meminta simpati tetapi hari ini saya ingin berkongsi. Yakinlah pendidikan mampu mengeluarkan kita dari kepompong kemiskinan. Usaha saya berbaloi dengan tajaan Yayasan Cemerlang semasa pembelajaran saya di peringat ijazah. 

Inilah perjalanan saya, cita-cita saya bukan untuk menggapai awan atau untuk menjadi sakti. Tetapi cita-cita saya, setiap kali kejayaan disebut, mengalirlah pahala rahmat kasih Pencipta buat ibu dan ayah saya. 

Doakan perjalanan saya, perjuangan keluar dari lumpur yang mengidamkan tembaga. - Zubair

No comments

Powered by Blogger.