'Saya Berhak Melontar Pandangan' - Anita Baharom Jelaskan Kritikan 'Pedasnya' Terhadap Elly Mazlein


KUALA LUMPUR - Pelakon Anita Baharom terdahulu memuat naik status di laman Facebooknya yang mengkritik seorang peserta program Gegar Vaganza 3 (GV3), menafikan bahawa status itu ditujukan kepada penyanyi Elly Mazlein. 

Berkata kepada Harian Metro, Anita menjelaskan bahawa status yang ditulisnya itu sekadar pendapat dan pandangannya sebagai penonton. 

"Saya tidak menonton pada malam konsert itu. Cuma saya terbaca banyak komen mengenai penyingkiran Elly termasuklah ramai yang menyalahkan Datuk Ramli MS. Apabila menonton siaran ulangan, barulah saya faham. 

"Jadi, saya pun menulis berdasarkan apa yang saya nampak, malah tak rasa pun status yang ditulis itu salah," katanya. 

Menurut Anita, dia yang juga sebagai penonton yang mengikuti GV3, berhak melontar pendapatnya. Namun Anita tidak mahu perkara itu diperbesarkan kerana dia dan Elly tidak mempunyai sebarang masalah. 

"GV3 adalah pertandingan nyanyian, jadi sudah semestinya juri mengambil kira soal persembahan dan vokal. Kalau terdapat kritikan mengenai aspek itu, bagi saya ia perkara biasa.

"Sepatutnya dia tidak perlu terasa hati kerana orang lain pun kena lebih teruk. Jadi, anggap saja sebagai dugaan. Lagipun saya yaki dia sendiri sudah melalui banyak cabaran yang besar dalam hidupnya," katanya. 

8 November lalu, Anita memuat naik status di laman Facebooknya sehinga mencetuskan pertikaian para peminat Elly. 


Dalam status tersebut, Anita berpendapat bahawa suara Elly tidaklah sehebat mana, namun mengakui penyanyi itu cantik dan malang sekali suaranya 'out' jika dibandingkan dengan peserta yang lain. 

Menurut Anita lagi, Elly sepatutnya sudah tersingkir pada minggu lalu dan pihak GV3 katanya tidak sepatutnya menyimpan penyanyi itu kerana kasihan pada peserta lain yang berkualiti . 

"Masalah peribadi tinggalkan di rumah seketika atau ketika bekerja ya. Kadang-kadang malu rasa tengok awak lentok-lentok atas stage," katanya dalam status tersebut. - The Reporter

Artikel berkaitan:

No comments

Powered by Blogger.