'Saya Yang Buat Kuih Ini Kak' - Peniaga Terkedu Remaja Ini Mahir Buat Kuih & Berniaga Bagi Tambah Pendapatan

Hidup di zaman ini, tidak lagi seperti dulu yang hanya bergantung pada satu pekerjaan. Bagi golongan rakyat marhaen, mereka perlu melakukan dua pekerjaan untuk menyara kehidupan terutamanya di kawasan bandar utama. 

Seperti anak muda yang diceritakan oleh Puan Norlaila di laman Facebooknya semalam. Anak muda yang memiliki kebolehan membuat kuih dan menjualnya bagi meraih pendapatan sampingan. 


Kome tengok adik ni, segak kan? Umur 19 tahun, tetapi bukan nak cerita pasal segak tu. Dah dekat seminggu adik Muhammad Hafiz Khair ini hantar kuih sikit-sikit pada akak. Hari ini baru sempat interview dia. 

"Mak buah kuih apa lagi dik?"

"Bukan mak buat, saya yang buat kak," jawabnya. 

"Kau duduk dengan mak ke?"

"Taklah kak, saya duduk bujang" balasnya. 

Terkedu kejap akak. 

"Kau kerja ke tak?" 

"Kerja kak. Balik jam 12 malam saya buat kuih," katanya. 

"Berapa tempat hantar kuih dik?"

"Tujuh tempat saja kak," 

Menangis akak dengar dik. 

"Kuih apa yang kau pandai buat?" 

Dia pun sebut bla..bla..bla. Tadi akak sempat rasa kuih koleh kacang yang dia buat, sedap! Esok akak suruh dia buat Nona Manis. Nak tengok apa rasanya. 

"Siapa ajar?"

"Belajar dengan kakak hari tu," katanya. 

Wei! Dia ada kakak tu. Adik, akak tabik spring dik. Akak pun tak terer buat kuih.



Adik viral dah datang, tapi hari ini dia dah malu sebab dia dah tahu kisah dirinya viral di media sosial. Ini kuih dia. - Norlaila | The Reporter

No comments

Powered by Blogger.