'Setahun Dia Tinggal Di Pusara Tuannya' - Keli


JAWA TENGAH, INDONESIA - Seekor kucing betina sanggup menjadikan kubur tuannya sebagai tempat tidur dan bermain dan hanya beredar seketika untuk mencari makanan sebelum kembali semula di kubur tuannya, lapor Mirror.

Difahamkan, kucing tersebut telah 'mendiami' kubur tuannya hampir setahun semenjak kematian tuannya. 

Menurut Keli Keningau Prayitno, 28, berkata, dia yang kerap melalui kawasan tersebut pernah cuba membawa balik si comel itu untuk dibela. Tetapi kucing itu kembali ke kubur tuannya di Jawa Tengah.

Lapor laman berkenaan, kucing itu juga sanggup berjalan ke rumah yang pernah menjadi tempat tinggalnya di mana ia diberi makan oleh anak-anak tuannya sebelum kembali ke kubur tuannya.

Keli pernah tawarkan makanan dan air, namun kucing itu tetap tidak mahu meninggalkan kubur wanita warga emas yang bernama Kundari. 

"Semenjak tuannya meninggal dunia, dia hanya tinggal di kubur ini dan langsung tidak mahu pulang ke rumah. Sudah hampir setahun dia berada di sini. 

"Pada mulanya saya ingatkan kucing ini tidak bertuan dan cuba mengambilnya untuk dibela. Tetapi kucing ini tetap pulang ke tempat itu," kata Keli yang mengakui kerap melihat kelibat kucing tersebut. 

Kucing betina ini jadikan pusara tuannya sebagai tempat tinggal hampir setahun

Keli Keningau Prayitno, 28, pernah cuba membawa kucing itu balik untuk dibela namun gagal.. 
"Pernah saya cuba mengekorinya. Rupa-rupanya bila dia menghilang dari kubur tuannya itu, dia pergi ke rumah yang pernah menjadi tempat tinggalnya untuk mendapatkan makanan dari anak-anak tuannya dan kembali semula ke kubur tuannya selepas selesai makan. 

"Sedihnya tengok keadaan kucing ini. Betapa akrabnya hubungan kucing ini dengan tuannya. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.