SPRM Nafi Pegawainya Lakukan Penderaan Seksual


SHAH ALAM - Susulan dakwaan satu kes penderaan seksual dan keganasan rumah tangga melibatkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didapati mula disebarkan di laman Facebook sejak semalam, SPRM menegaskan bahawa pihak polis telah menjalankan siasatan dan mendapati dakwaan tersebut adalah tidak benar. 

Dalam kenyataan media SPRM yang dikongsikan di laman Facebook rasminya berkata, SPRM amat prihatin dengan segala pandangan serta luahan masyarakat khususnya melibatkan pegawai SPRM. Namun menyeru orang ramai agar tidak mudah mempercayai segala tohmahan yang dimuatn aik ke media sosial. 

"Mereka seharusnya tampil kepada pihak berkuasa terlebih dahulu bagi menyiasat kesahihan berita tersebut. 

"SPRM sentiasa terbuka kepada orang ramai dan berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya didapati mana-mana pegawai SPRM melanggar peraturan yang ditetapkan," kata kenyataan itu. 

Dalam pada itu, SPRM berpandangan adalah tidak adil bagi pihaknya apabila orang ramai melemparkan andaian negatif terhadap agensi berkenaan dengan mengaitkan isu-isu rumah tangga para pegawai SPRM. 

Sehubungan itu juga, SPRM akan membuat satu laporan polis ke atas akaun Facebook yang menyebarkan video dan berita berhubung isu berkenaan. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.