Temui Ajal Ketika Meragut Budak


JOHOR BAHRU - Seorang peragut yang cuba melarikan diri maut apabila motosikal yang diboncengnya terlibat dalam kemalangan di persimpangan jalan berhampiran Eco World di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, jam 5.15 petang semalam, lapor Harian Metro

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, suspek lelaki berusia 20 tahun dan penunggang motosikal berusia 19 tahun sebelum itu telah menghampiri dua orang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Jalan Bacang 12, Taman Kota Masai. 

Suspek berpura-pura bertanyakan arah Jalan Bacang 10, Taman Kota Masai dan salah seorang daripada kanak-kanak itu memberitahu arah jalan sambil bermain dengan telefon bimbit di tangannya. 

"Tanpa diduga, suspek tiba-tiba merampas telefon bimbit dan melarikan diri. Kebetulan ada orang yang ternampak kejadian itu terus mengejar kedua-dua suspek berkenaan," katanya. 

Bagaimanapun, dua suspek berkenaan dipercayai terlibat dalam kemalangan apabila motosikal yang ditunggang mereka dari arah Jalan Bachang menghala ke Jalan Pulasan melanggar sebuah kereta yang keluar dari Eco World. 

Suspek maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, manakala penunggang motosikal patah kaki kiri dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail. 

No comments

Powered by Blogger.