'Terima Kasih Bang..' - Netizen Puji Lelaki Ini Sedekah Makanan Kepada Remaja Pengutip Tin


KUALA LUMPUR - Video seorang lelaki memberi makanan kepada seorang remaja, viral di media sosial, sejak malam tadi. 

Video yang dimuat naik oleh Raja Mohd Shahrim itu telah ditonton 687,000 kali dan mendapat 23,000 likes dan 16,461 perkongsian di laman Facebook. 

Menurut Raja, clip video itu diperolehinya daripada laman Twitter, sebelum dimuat naiknya ke laman Facebook. 

"Clip ini viral di Twitter, dirakam oleh teman wanita atau isteri, tak pasti. 

"Wanita itu menyangka makanan itu untuk dia, tetapi sebenarnya dibeli untuk disedekahkan kepada seorang remaja yang mengutip tin di stesen minyak (Shell).

"Inilah kehidupan yang ******* tak akan mengerti," katanya. 

Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan sayu mereka melihat raut wajah remaja berkenaan ketika menerima makanan yang disedekahkan oleh lelaki yang tidak diketahui identitinya itu. 


"Allahuakbar, berlinang sekejap. Sebak pagi-pagi tengok video ini. Manusia yang mulia hati budinya. Semoga Allah memberkati lelaki itu dan keluarganya," kata netizen.

Di waktu malam sebegini, remaja seusianya sepatutnya berada di rumah disamping ibu bapa dan adik beradik yang lain. Namun tidak bagi remaja ini yang keluar mencari tin minuman yang tidak lagi digunakan untuk dijual. Hasil jualan itu mungkin digunakan untuk menampung perbelanjaan sekolah ataupun keluarga.

Apa yang pasti, tujuannya tidak lain tidak bukan untuk mencari rezeki yang halal. Bukannya seperti sesetengah remaja yang lain memilih untuk meragut, memecah masuk rumah orang dan sebagainya.

Jika anda terjumpa remaja atau kanak-kanak mahupun orang dewasa, ringankanlah hati dan tangan menghulurkan bantuan kepada mereka tak kira apa jua bentuk bantuan. Siapa tahu, mungkin bantuan yang tidak 'seberapa' itu sudah mampu membuatkannya menarik nafas lega untuk seketika.

Hidup ini adalah untuk memberi dan menerima, bukan hanya menerima tetapi enggan memberi. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.