Tiada Kenaikan Kadar Tol Bagi 4 Lebuh Raya, Kerajaan Bayar Pampasan RM59.77 Juta


KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membayar pampasan sebanyak RM59.77 juta kepada empat buah syarikat konsesi lebuh raya bagi menangguhkan kenaikan tol bagi tahun 2016 dan 2017, lapor The Star

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Kabinet telah bersetuju bahawa pampasan akan dibayar jika syarikat konsesi tidak meningkatkan tol bagi Lebuhraya EDL, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), Senai-Desaru (SDE) dan Guthrie Corridor Expressway (GCE). 

"Kabinet pada 12 Oktober telah bersetuju menangguhkan sebarang penstrukturan semula kadar tol bagi tahun 2016 dan 2017. Ini bermakna, tidak akan ada kenaikan tol bagi empat lebuh raya tahun ini dan tahun depan," katanya menjawab soalan dari Ahli Parlimen Taiping (DAP), Nga Kor Ming yang meminta penjelasan sama ada akan ada kenaikan tol di empat lebuh raya tahun depan. 

Fadillah berkata, Kerajaan telah menyusun semula kadar tol bagi Lebuhraya Utara-Selatan pada tahun 1999, 2002 dan pada tahun 2011. 

Beliau berkata, perjanjian konsesi dengan PLUS Malaysia Bhd akan berakhir pada 31 Disember 2038. 

Menjawab soalan Ahli Parlimen Shah Alam (Amanah) Abdul Khalid Samad, sama ada kerajaan akan mengkaji semula terma dan syarat perjanjian konsesi sebelum ini, Fadillah berkata ia akan menjadi sukar kerana Kerajaan terikat dengan perjanjian. 

"ia akan menjadi sukar kerana kajian itu bukan sahaja akan melibatkan Kerajaan dan syarikat konsesi, tetapi juga akan memberi kesan kepada bank-bank, penerbit bon dan pemegang saham syarikat," katanya. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.