Tukar Lagu Tugasan GV3, Nora Nafi Dakwaan Tak Berani Nyanyi Lagu Dangdut


KUALA LUMPUR - Peserta Gegar Vaganza 3, Nora Ariffin, menafikan dakwaan pertukaran lagu tugasan yang diberikan kepada lagu lain, bukan bermaksud dia tidak berani menyahut cabaran lagu dangdut.

Lapor Harian Metro, Nora, 43, pada Ahad lalu diberikan lagu berjudul Rindu, nyanyian Amelina, tetapi telah menukarnya dengan lagu Bring Me To Life - Evanescence. 

Menurut Nora, perkara ini berlaku disebabkan kesilapan teknikal pihak produksi. 

"Sebenarnya tiada isu berkenaan perkara ini. Dari awal lagi kami sudah berbincang dengan produksi berkenaan lagu yang dipilih untuk dinyanyikan dan lagu Bring Me To Life memang ada dalam senarai ini

"Bagaimanapun apabila pengumuman mengatakan minggu keenam akan tampil dengan konsep rock dan dangdut, saya akur dan terbuka untuk menyahut cabaran dan akan menyanyikan apa saja lagu yang diberikan.

"Jadi, apabila muncul montaj lagu Rindu milik saya, ia bukanlah masalah besar dan saya bersedia menyanyikannya. Tetapi rupa-rupanya ada kesilapan teknikal dan saya sepatutnya kena menyanyikan lagu Evanescene. Jadi tidak timbul isu yang saya tidak berani menyanyikan lagu dangdut," katanya. 

Nora mengakui dia terkejut apabila lagu itu diumumkan miliknya dan meminta kepastian dari pihak produksi dan difahamkan berlakunya kesilapan teknikal dari pihak produksi. 

Nora menafikan dakwaan dia tidak sukakan genre dangdut, namun memandangkan lagu Bring Me To Life ada dalam senarai pilihan, dia sudah menyediakan pakaian yang sesuai untuk lagu ini.

Sementara itu di media sosial, netizen meluahkan rasa tidak senang dengan perkhabaran itu dan tetap menganggap tindakan menukar lagu itu tidak profesional. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.