(Video) Berang Dengar Tangisan Tak Berhenti, Bayi 2 Bulan Ditampar 42 Kali


KUALA LUMPUR - Berang mendengar tangisan bayi yang tidak berhenti, seorang wanita tergamak menampar bayi dipercayai berusia 2 bulan itu sebanyak 42 kali tanpa henti. 

Video tindakan kejamnya itu tersebar di media sosial namun tidak tidak menyatakan lokasi sebenar kejadian, telah ditonton sebanyak 39,000 kali di laman Facebook. 

Ada yang percaya bahawa wanita itu adalah ibu kepada bayi berkenaan, tidak kurang juga percaya wanita itu mungkin pengasuhnya. 

Namun, netizen mengecam tindakan wanita itu menampar muka mangsa berkali-kali tanpa belas kasihan. Mangsa yang dibaringkan di sofa dan tidak berdaya itu hanya mampu menangis diperlakukan dengan kejam seperti itu.

Dalam masa yang sama, netizen turut mempersoalkan tindakan individu yang merakam kejadian itu yang tidak mengambil sebarang tindakan menghentikan perbuatan wanita berkenaan. 

"Yang rakam video ini kenapa tak tolong? Tak ada hati perut ke sampai sanggup melihat bayi itu ditampar bertubi-tubi? Mohon meninggal kamu berdua!" kata Sri Puji Lestari. 

"Sedih, geram dan marah tengok video ini. Apa salah dan dosa bayi ini sehingga sanggup diperlakukan seperti itu. Ini bukan manusia mahupun binatang. Ini iblis yang bertopengkan wajah manusia. Semoga kamu mendapat balasan yang setimpal!" kata Bibianah Sidin. 

"Ya Allah, sampai merah muka bayi tu kena tampar. Sedihnya alahai aku tengok anak kecil ini diperlakukan seperti itu," kata Syuhada. 

'Shut up now' - kata wanita itu sambil menampar mangsa berkali-kali

Netizen mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap wanita yang tidak berperikemanusiaan itu, malah tindakan yang sama juga terhadap individu yang merakam video tersebut kerana sanggup membiarkan anak kecil itu ditampar dengan kejam. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.