(Video) Detik Cemas & Dramatik, Anak Iguana Cuba Selamatkan Diri Dari Menjadi 'Lauk' Sekumpulan Ular


Video seekor anak iguana dikejar sekumpulan ular yang penuh dramatik benar-benar membuatkan para penonton cemas dalam video footage episod pertama program televisyen, Planet Earth II. 

Lapor Mirror, ribuan penonton terpegun melihat babak dramatik berkenaan yang dirakam di Pulau Fernandina, dalam Pulau Galapagos. 

Difahamkan, ibu iguana berkenaan telah dikejar dan melarikan diri di atas batuan, meninggalkan anaknya yang bersembunyi di dalam pasir. 

Anak iguana yang baru dilahirkan kemudian cuba mengikut jejak langkah ibunya dengan memerhatikan keadaan sekeliling terlebih dahulu. 


Kemunculan iguana kecil itu mengejutkan sekumpulan ular yang lain. Salah seekor ular tersebut menghampiri anak iguana yang kaku itu dengan perlahan-lahan. 

Menurut suara latar video berkenaan, meskipun ular memiliki penglihatan yang tajam, namun mereka tidak mampu mengesan pergerakan. Jika anak iguana itu tidak bergerak, ia mungkin akan selamat dari menjadi mangsa. 

Menyedari ular tersebut telah berada di belakangnya, anak iguana itu pantas melarikan diri dan tindakannya itu membuatkan beberapa ekor ular yang lain mula mengejarnya dengan pantas. 


Malangnya, haiwan berkaki empat itu tersilap langkah bilamana dirinya berlari berhampiran beberapa ekor ular yang sudah sedia menunggu kehadirannya, menyebabkan haiwan berdarah sejuk itu dibelit. 

Pantang ajal sebelum maut, anak iguana itu berusaha melepaskan diri dan kemudian melarikan diri di batuan dan dikejar beberapa ekor ular yang lain. 

Tindakan pantas dan dibantu dengan keadaan kulitnya yang bersisik itu membuatkan reptilia itu gagal menewaskan haiwan berdarah sejuk tersebut yang akhirnya berjaya menyelamatkan diri dan bertemu semula dengan induknya. 

Bagi penonton, babak mencemaskan ini jauh lebih menarik dari babak filem aksi. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.