(Video) 'Saya Boleh Saja Minta Tempat Duduk Tetapi Saja Nak Biarkan, Tengok Diorang Perasan Atau Tidak'


KUALA LUMPUR - Kecewa dengan sikap pengguna LRT Putra yang tidak prihatin, seorang ibu yang mendukung bayi merakam suasana dalam pengangkutan tersebut dan dimuat naik ke media sosial. 

"U know what, tangan ketar-ketar nak ambil video. Diorang tak ada perasaan, I dukung baby kot dari Wangsa Maju sampai Ampang Park, tak ada seorang yang ada perasaan," kata Nuraliza Ramli.

Video tersebut telah ditonton sebanyak 48,000 kali, 465 likes dan 794 shares di laman Facebook. 


Sebelum itu, Nuraliza bersama dengan bayi dan anak sulungnya bernama Ryan, dalam perjalanan ke KLCC, untuk mandi manda di tempat percuma. 

Jelasnya, dia boleh saja meminta tempat duduk tetapi sahaja dia membiarkan dirinya berdiri untuk melihat respon para pengguna yang lain. 

"Saya boleh saja minta tempat duduk tetapi saja nak biar diorang perasan atau tidak. Sampai ke sudah buat dek saja. Sekarang memang orang dah kurang kesedaran sivik. Ikutkan hati nak saja sound, tetapi bila fikir semula, nanti dikata kita pula kebulur nak duduk. 

"Dah try tenung, siap cakap dengan anak dengan lantang bahasa Melayu, bimbang kalau diorang ini rasis dan ingat saya warga Indonesia. Tak pandang, semua tengok tempat lain.

Cerita penuh kejadian Nuraliza Ramli
"Saya rakam bukan nak aibkan sesiapa. Cuma selepas ini harap banyak lagi yang viral untuk buka mata warga Malaysia," katanya. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.