(Video) 'Eh? Suka Hati Akulah Nak Makan Kuaci Dalam Tren' - Padah Biadab, Lelaki Ini Ditukul Sampai Patah Gigi


CHINA - Tindakan biadab seorang pengguna pengangkutan awam yang membuang kulit kuaci dalam tren, menerima padah apabila dia dipukul bertalu-talu sehingga cedera. 

Berdasarkan video yang dimuat naik pada 28 Mac lalu, lelaki berkenaan enggan berhenti memakan kuaci meskipun telah ditegur oleh seorang kanak-kanak yang berada dalam tren berkenaan. Malah lelaki itu turut menyumpah beberapa penumpang yang menegur tindakan tidak bertamadunnya itu. 

"Awak tak boleh makan kuaci dalam tren. Ini tempat awam. Kalau nak makan, makan di luar tren atau paling tidak pun, tadah kulit kuaci itu di tangan awak," kata salah seorang penumpang.

"Peduli apa aku? Pergi mampus!" balas lelaki itu. 

Lantas seorang penumpang yang duduk bersebelahannya bangun dan mengarahkan lelaki itu mengutip kulit kuaci tersebut. Malangnya lelaki itu menolak badannya. 

Tindakannya itu membawa padah apabila datang seorang penumpang yang berpakaian perisai tentera era dinasti Ching memukul lelaki itu dengan objek tumpul dipercayai tukul mainan. 


Lelaki itu dipukul bertalu-talu di bahagian muka sebelum dihalang oleh salah seorang penumpang yang 'prihatin'. Akibatnya, mangsa mengalami pendarahan yang teruk di mulut, dipercayai giginya patah ketika dipukul 'tentera' berkenaan. 

"Lain kali jangan makan kuaci dalam tren!" lelaki itu memberi amaran kepada mangsa. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.