(Video & Foto) Jejantas KL Eco City Runtuh


KUALA LUMPUR - Jejantas KL Eco City di Jalan Abdullah Hukum dilaporkan runtuh menyebabkan 7 pekerja pembinaan cedera dan terperangkap.

Dalam kejadian jam 3.33 petang tadi, seorang maut, dua terperangkap, tiga dilaporkan kritikal manakala seorang lagi hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 3.33 petang dan seramai 23 anggota dari Balai Bomba Pantai, Hang Tuah dan Seputeh dikerahkan ke tempat kejadian.

"Laporan awal kejadian, jejantas yang dalam pembinaan itu runtuh dan menghempap 5 atau 6 pekerja," katanya.





Sehingga kini, operasi menyelamat masih dilakukan di tempat kejadian. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.