(Video) Leka Dengan Telefon, Wanita Terjatuh Dari Tangga


CHINA - Gara-gara terlalu leka dengan telefon bimbit, seorang wanita terjatuh ketika menuruni tangga di sebuah stesen kereta api, lapor Mirror.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa yang baru tiba di stesen berkenaan sedang leka melayani telefon bimbitnya. 

Apabila mangsa menghampiri tangga tersebut, mangsa dilihat menuruni tangga itu dengan laju dan tidak seimbang dan akhirnya terjatuh di penghujung tangga dengan mukanya tersembam ke lantai. 

Kakitangan stesen yang menyaksi kejadian itu segera mendapatkan mangsa untuk memberikan bantuan. Malah beberapa orang awam yang lain turut berhenti membantu mangsa. 


Mangsa yang mamai seketika, mengalami luka kecil di bahagian dahi sahaja sebelum beredar pulang ke rumahnya bersendirian. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.