(Video Live) Fukushima Dilanda Gempa Bumi 7.4 Magnitud, Amaran Tsunami Dikeluarkan


TOKYO - Luar pantai wilayah Fukushima dilanda gempa bumi berukuran 7.4 magnitud pada jam 6.30 pagi (waktu Malaysia) dengan kedalaman 10 kilometer, lapor Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). 

Susulan gempa bumi itu, Jabatan Mateorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami dengan ombak setinggi tiga meter (10 kaki). Fenomena air laut pasang surut turut berlaku di kawasan pantai di Iwaki. 



Penduduk di kawasan perairan juga telah diarahkan berpindah ke kawasan yang lebih tinggi dan selamat. Bagaimanapun, tiada kerosakan atau kecederaan yang dilaporkan setakat ini. 


Tsunami berukuran satu meter (3 kaki) dilaporkan melanda pesisiran pantai Jepun berhampiran loji nuklear Fukushima. 


Fukushima merupakan pusat loji kuasa nuklear yang sebelum ini musnah akibat kejadian gempa bumi dan tsunami pada tahun 2011 yang mengorbankan 18,000 rakyat Jepun dalam bencana itu. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.