'Tiba-tiba Ada Muka Seorang Lelaki Terjonggol Di Atas Dari Tandas Sebelah Sedang Mengintai Saya!' - Mangsa


KAJANG - Seorang wanita yang sedang menggunakan tandas di sebuah stesen minyak terkejut apabila dia mendapati ada seorang lelaki yang mengintainya dari atas, malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.45 malam tadi di Stesen Petronas, Jalan Reko itu, mangsa menjerit meminta tolong. Malangnya jeritannya itu tiada siapa yang dengar. 

Mencerita semula awal kejadian, Nor Wahida Zainal Abidin berkata, pada awalnya rasa tidak sedap hati namun tetap diteruskan juga niat ke tandas stesen tersebut. Beliau sempat meminta ampun dari suaminya, Luqman Hakim Tawil, yang menunggu di dalam kereta. 

"Sambil duduk di dalam tandas, kepada asyik mendongak ke atas dan berdoa meminta dijauhkan dari benda yang bukan-bukan. 

"Tiba-tiba ada muka seorang lelaki terjonggol di atas dari tandas sebelah sedang mengintai saya! Saya menjerit sekuat hati meminta tolong dan panggil nama suami banyak kali. Tetapi tiada sesiapa yang menyahut jeritan saya. Saya jerit lagi sekuat hati dan mengatakan ada orang mengintai saya," katanya. 

Mangsa juga bimbang jika lelaki terbabit sudah menunggunya di luar pintu tandas sambil memegang pisau untuk mengapa-apakannya, menyebabkan dia menjerit berkali-kali dan menangis ketakutan. 

Mangsa kemudian keluar dari tandas dan keluar seorang perempuan keluar dari tandas sebelah satu lagi, hairan melihat mangsa. 

"Rupa-rupanya dia dah dengar saya menjerit tetapi tak menyahut. Tak tahu kenapa dia tak bersuara pada masa itu. Sekurang-kurangnya tanyalah kenapa. 

"Masa saya keluar, lelaki terbabit telah keluar dari tandas selepas mendengar jeritan saya. Bila tengok keadaan di sekeliling selamat, saya terus berlari ke arah kereta, menangis dan mengadu pada suami," katanya.

Berang dengan insiden yang menimpa isterinya, Luqman pergi ke kawasan tandas tersebut, malangnya lelaki terbabit telah melarikan diri. 

Luqman kemudian memaklumkan kejadian itu pada kakitangan stesen berkenaan sebelum meminta kebenaran untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV). 

Berdasarkan rakaman CCTV, lelaki terbabit yang baru keluar dari tandas lelaki telah masuk dan menunggu di dalam tandas wanita sebelum mangsa masuk. 

"Memang betul-betul jahatlah. Rasa geram sangat. Tergamak dan berani buat perkara seperti ini di tempat awal. Tetapi Alhamdulillah Allah selamatkan saya lagi. Syukur ya Allah," katanya. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.