(7 Gambar) Alas Kaki Mengandungi Ayat Al-Quran Ditemui


KUALA LUMPUR - Selesa lalu netizen digemparkan dengan penemuan ayat-ayat Al-Quran di dalam alas kaki yang terkoyak baru-baru ini. 

Lapor Republika, penemuan kertas yang mengandung ayat-ayat Al-Quran itu ditemui oleh seorang lelaki warga Indonesia, ketika isterinya sedang mencuci alas kaki berkenaan, Ahad, 27 November 2016. 

Menurut Fauzi, dia membeli dua alas kaki tersebut dari sebuah kedai di Pasar Prambanan, Daerah Istimewa, Yogyakarta, Indonesia.


Fauzi berkata, ketika isterinya sedang mencuci tiga helai alas kaki tersebut di ruamhnya, dia terkejut apabila mendapati permukaan bawah alas kaki itu menampilkan bayang-bayang kertas yang tertera aksara Arab. 

Gambar penemuan itu kemudian dimuat naik dan viral di media sosial sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai. 

Bertindak di atas laporan itu, anggota Pemuda Muhammadiyah, Fifki Wahyu, 22, melakukan pemeriksaan pada sebuah kedai runcit seperti yang dilaporkan oleh Fauzi dan mendapati sememangnya ada alas kaki yang mengandungi kertas tertera ayat Al-Quran di dalamnya. 



Sementara itu di Malaysia, ada segelintir netizen mengambil inisiatif untuk memeriksa alas kaki yang dipercayai dibeli dari pengeluar yang sama. Hasilnya, turut ditemui kertas-kertas yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran. 

"Petang tadi ad smpai wasap pasal als kaki ad ayt Quran. Balik rmh cek, rupanya ada jgak. Astaghfirullah. Sapelah punya angkara," kata Kamariah Ali dari Kuala Berang.


Perkongsian Kamariah telah dikongsi 8,280 kali di laman Facebook. Bagaimanapun status tersebut telah dipadam tidak beberapa lama kemudian. 



Semalam, ECO Shop Malaysia pula mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya akan menjalankan siasatan mengenai alas kaki yang mengandungi Al-Quran. 

"Mengenai ayat Al-Quran yang didapati di dalam alas kaki yang dibeli dari kedai kami, ECO Shop akan menjalankan siasatan dan telah merujuk kepada pembekal untuk mendapatkan penjelasan.Kami juga telah mengarahakan kesemua 82 cawangan kami untuk menghentikan segala penjualan alas kaki tersebut dengan segera. 

"Pihak Pengurusan ECO Shop ingin meminta maaf kepada semua pelanggan di atas kesulitan yang terjadi ini. Kami ingin menegaskan bahawa syarikat kami tidak mempunyai sebarang niat untuk merendahkan mana-aman agama dan kepercayaan.

"Untuk pelanggan yang telah membeli alas kaki daripada kedai ECO Shop, boleh datang dan tukar kepada produk lain dalam tempoh tiga hari sehingga 3 Disember 2016 dengan resit pembelian perlu disertakan semasa membuat pertukaran," kata kenyataan itu. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.