Jangan Ambil Duit Yang Diselit Pada Wiper Kereta!


Akak nak cerita balik pasal duit RM1 ini. Kejadian berlaku di Palm Mall, Seremban, sekitar jam 12 tengah hari. Masa itu, di tempat parking memang tak ramai orang, adalah dalam lima buah kereta sahaja. 

Ternampak duit RM1 diselitkan pada wiper kereta. Puas memikirkan kenapa ada duit diselitkan di situ sebab:
  • Kemungkinan taktik untuk pukau mangsa atau,
  • Taktik mengumpan mangsa keluar dari kereta dan rompak.

Masa akak keluar dari pintu parking Palm Mall tadi, memang akak ada ternampak orang berdiri tetapi sekelip mata saja, dia hilang dari pandangan.

Selang dua buah kereta dari kereta akak memang ada orang. Enjin keretanya hidup tetapi mereka tak bergerak. Mungkin mereka sedang menunggu akak keluar dan ambil duit seringgit itu. Tetapi akak tak keluar sebab memang tak nampak. Lagipun, Danial (anak) ada dengan akak pada masa itu. Memang Allah nak melindungi kami berdua. 

Bila dah keluar dari kawasan Palm Mall, barulah akak ternampak duit itu. Duit itu akak langsung tak ambil apatah lagi menyentuhnya. Akak biarkan saja di wiper. Tahu-tahu dah hilang, mungkin dah terbang dek angin. 

Berhati-hati ye semua. Bermacam-macam kemungkinan yang boleh berlaku. Penjenayah ada di mana-mana. Kelaur rumah, baca ayat Qursi. InshaAllah, Allah melindungi kita. - Norlaila | The Reporter

No comments

Powered by Blogger.