Nur Fathia Latiff Dihentam Netizen Kerana Aibkan Pramugari MAS


Semalam, kecoh pelakon Nur Fathia Latiff menghentam seorang pramugari MAS yang didakwa enggan membantunya mengangkat beg untuk disimpan di ruang penyimpanan atas. 

Fathia meluahkan rasa tidak puas hatinya itu di laman Twitter dan memuat naik gambar pramugari berkenaan. 

"Minta tolong angkat bag but this stewardess cakap ada back ache! Get some rest la tak payah kerja kalau ada back ache. Kudos @masMalaysia.

"I didn't c.o.m.a.n.d her to carry the bag. I was just asking her f.a.v.o.r to assist me to put the bag in the overhead compartment. 

"She x have to be rude by raising her voice and making faces. It doesn't matter wherever u sit. Economy or business. Etiquette is etiquette," katanya dalam tweet yang dimuat naik 10 jam yang lalu. 

Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila netizen mengkritik tindakannya itu dianggap sebagai sengaja mengaibkan pramugari berkenaan. 



Tweet netizen menghentam Nur Fathia Latiff | Foto - Juliez

Tindakan seperti ini tidak wajar, lebih-lebih lagi bila ia dilakukan oleh seorang artis. Kesan dan akibatnya, Fathia mula dihentam netizen dan pastinya akan mencemarkan imej dirinya sebagai artis.

Untuk makluman, ada sebab mengapa pramugari/pramugara enggan mengangkat bagasi penumpang. Ini adalah bagi mengelakkan mereka mendapat risiko kecederaan yang tidak diingini. Bagaimanapun, kru kabin akan menghulurkan bantuan kepada penumpang yang mempunyai anak kecil, warga tua dan orang kurang upaya.

Bagi penumpang yang masih cergas dan sihat, perlu membawa bagasi mereka sendiri. - The Reporter

Artikel berkaitan: