'Saya Minta Maaf Kalau Dia Tersinggung' - Ayda Jebat


SHAH ALAM - Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat, tampil meminta maaf dan menjelaskan bahawa tindakannya merakam wajah pelakon gandingannya, Sharnaaz Ahmad, dengan lagu 'Selamanya Cinta' ketika menjalani penggambaran drama tersebut, bukan bertujuan menyindir mana-mana pihak. 

Ayda atau nama sebenar Nur Suhada Jebat, 23, bagaimanapun meminta maaf jika gurauan itu disalah tafsir dan menguriskan hati mana-mana pihak. 

"Lagu itu ada dalam streaming muzik saya dan secara gurauan saya merakam wajah Sharnaaz ketika lagu itu keluar dan memuat naik di Instastory dalam Instagram. 

"Tiada niat untuk sindir mana-mana pihak. Sebagai anak seni, saya sentiasa menyokong karya artis-artis tempatan. Namun saya minta maaf kalau ada pihak yang tersinggung," katanya kepada mStar Online.


Terdahulu, bekas teman wanita lelaki itu, Shila Amzah dalam tweetnya 21 November lalu mendakwa Ayda Jebat telah menyindirnya dan sebelum ini Ayda didakwa pernah melakukan perkara yang sama.

"Saya faham dia kata ini kali kedua saya buat begitu. Kali pertama itu adalah dalam babak drama 'Awak Sangat Nakal' di mana saya ada menyanyikan lagu dia dan ia hanya untuk memberi sedikit komedi dalam babak tersebut. 

"Saya kesal dia menganggap perkara itu terlalu serius dan pihaknya ada menghubungi saya semata-mata meminta saya memadamkan video berkenaan dari Instagram," kata Ayda. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.