(Video) Cubaan Merompak RM185K Gagal, Perompak Larikan Diri


BANGI - Seorang pemilik syarikat pembersihan berusia 62 tahun yang baru saja mengeluarkan wang RM185,000 dari bank hampir berputih mata apabila sekumpulan perompak yang cuba merompaknya, pagi tadi, lapor Harian Metro. 


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 10.30 pagi tadi di hadapan stesen Petronas Seksyen 15, mangsa yang memandu kereta Mercedes diekori dari bank oleh lima lelaki yang menaiki dua buah kereta dan sebuah kereta pacuan empat roda sebelum memintas kereta mangsa.

Beberapa lelaki bersenjata cuba mengambil wang mangsa namun gagal berbuat demikian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, kejadian itu disedari anggota MPV yang sedang melakukan rondaan jenayah.

"Melihat kehadiran polis, lima penjenayah itu melarikan diri dengan sebuah kereta dan meninggalkan dua lagi kenderaan.

"Semua suspek melarikan diri sebelum sempat melarikan wang milik mangsa," katanya. 



Salah seorang suspek yang menaiki kereta Proton Persona dilihat cuba memandu melawan arus dan melanggar seorang penunggang motosikal, sebelum melarikan diri.

Kejadian itu sempat dirakam oleh seorang wanita yang turut menyaksikan kejadian itu. -  The Reporter

No comments

Powered by Blogger.