(13 Gambar) Pengaruh barat mula meresap ke dalam Korea Utara

Loading...

PYONGYANG, KOREA UTARA - Gambar-gambar menarik yang dirakam secara sembunyi di Korea Utara mendedahkan pengaruh barat mula meresap ke dalam budaya masyarakat di negara itu secara perlahan-lahan. 

Gambar yang dirakam oleh Jurugambar Eric Lafforgue itu dirakam ketika beliau mengembara ke negara komunis di bawah pemerintahan diktator Kim Jong-un sebanyak enam kali sejak 2008. 


Gambar-gambar yang dirakam di Pyongyang menunjukkan papan iklan gaya barat untuk jenama palsu dan beberapa remaja perempuan menggunakan telefon bimbit sudah menjadi perkara biasa di negara itu sedangkan rakyatnya sebelum ini diharamkan menggunakan sebarang gajet canggih. 





Bagaimanapun, Lafforgue kini diharamkan dari menjejaki negara itu selepas pihak berkuasa Korea Utara menyedari gambar-gambar itu tersebar di media sosial. 

"Produk dari China banyak dijual di negara ini. Jelas sekali Korea Utara sedang mengalami perubahan yang besar. 

"Penjualan telefon bimbit yang dikendalikan oleh Orascom, sebuah syarikat dari Mesir, berjuta-juta rakyat Korea Utara telah melanggannya walaupun mereka tidak dapat membuat panggilan ke luar negara. 


"Pakaian mereka juga sudah berubah. Semasa kedatangan saya pada 2008, semua rakyatnya memakai pakaian nilon yang dibuat di Korea Utara menjadikan mereka kelihatan seperti robot. 



"Kini, jenama palsu yang menyerupai jenama Amerika Syarikat berada di mana-mana sahaja. Malah, sikap rakyatnya juga telah berubah," katanya.

Meskipun capaian internet terhad, para pelajarnya dibenarkan menggunakan komputer dengan perkhidmatan intranet negara itu

Makanan barat juga turut dijadikan sebagai hidangan pilihan oleh rakyatnya. 



Selain itu, ada pasangan kekasih yang juga kelihatan berjalan berpegangan tangan secara terbuka di tempat awam. Korea Utara bakal mengalami perubahan besar? - The Reporter