'Adik saya nyaris dilarikan' - Fattah


PELABUHAN KLANG, SELANGOR - Seorang kanak-kanak lelaki cedera di lutut dan siku selepas diseret penunggang motosikal yang tidak dikenali, semalam. 

Dalam kejadian jam 5 petang di Pandamaran Jaya itu, abang kepada mangsa, Fattah, menceritakan adiknya, Shzaliqkhan, yang tinggal di rumah neneknya itu nyaris dibawa lari oleh seorang lelaki yang tidak dikenali yang dipercayai cuba menculik mangsa.

"Adik saya sebelum itu baru saja keluar bermain di depan rumah. Namun tiba-tiba dia dihampiri seorang penunggang motosikal Honda EX5 berwarna biru lalu menarik begnya menyebab adik saya terjerut dan diheret," katanya.

Terkejut dengan tindakan itu, mangsa menjerit dan meronta-ronta meminta dilepaskan. Jiran mangsa yang ternampak kejadian itu juga menjerit meminta tolong. 

Mangsa kemudian dilepaskan dan suspek segera beredar dari kawasan kejadian. 

Menurut Fattah, lelaki terbabit bukan penduduk tempatan tetapi orang luar yang mungkin sedang mencari mangsanya. 


"Tak kenal siapa pelakunya, tetapi yang pasti dia bukan penduduk di kawasan ini. Syukur adik adik saya selamat dan dia hanya mengalami kecederaan ringan sahaja," katanya. 

Difahamkan, abang mangsa akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu. - The Reporter
'Adik saya nyaris dilarikan' - Fattah 'Adik saya nyaris dilarikan' - Fattah Reviewed by Editor on 4:03 PM Rating: 5