'Atas bantuan peniaga Cina itu, kami masih berniaga di sini'

Masyarakat kita seringkali dimomokkan dengan persepsi yang tidak baik di antara peniaga Melayu dan Cina yang dikatakan bersaing sengit sehingga ada yang cuba menyentuh isu perkauman. 

Namun, apakah benar dakwaaan itu dan adakah mereka semua bersikap sedemikian? 

Berbeza dengan pengalaman yang dilalui oleh lelaki ini yang berkongsi bersama-sama peniaga Cina berkenaan mencari rezeki di tapak yang sama. Malah apabila dia ditimpa masalah, peniaga berkenaan juga turut membantunya. 



Lumrah hidup menumpang. Kami berniaga betul-betul di hadapan kedai hardware. Jadi, waktu malam mereka tidak beroperasi, menjadi kelebihan untuk kami menggunakan sepenuhnya parking lot yang ada di hadapan kedai. 

Memikirkan sama-sama mencari rezeki, menjadi tanggungjawab kami juga memastikan kawasan hadapan kedai bersih dari segi kotoran. 

Memang tidak dapat dielakkan jika ada tompokan minyak di jalan terutama jika jalan jenis berbatu seperti ini. Sekurang-kurangnya seminggu sekali kawasan ini dicuci. 

Beza benar pandangan mereka dengan kita sewaktu kami pertama kali meminta izin untuk berniaga dahulu. Kata pemilik kedai hardware itu, bagus juga kami berada di situ pada waktu malam. Jadi kes pecah kedai mungkin tidak akan berlaku. 

Jujur saya juga pernah ditegur beliau tentang tompokan minyak dan beliau sendiri yang mengesyorkan jenis sabun yang boleh digunakan. Lumrah kita menumpang, kita turutkan sajalah, kan. 

Sudah dua bulan lebih saya berhentikan operasi buka meja untuk pelanggan makan di sini kerana ada insan yang mengadu kepada pihak berkuasa yang kami telah menganggu laluan kerana ada segelintir pelanggan yang parkir adakalanya tidak sempurna. 

Kami hampir tidak boleh berniaga di sini. Tetapi saya minta bantuan dari pemilik kedai hardware ini untuk tolong saya. Beliau sanggup tunggu pihak berkuasa datang untuk bercakap bagi pihak saya walaupun sepatutnya beliau sudah pulang untuk berehat. 

Akhirnya kami masih berada di sini. Boleh saja untuk peniaga jalanan seperti kami diuji berkali-kali. Mohon jangan terkejut jika lihat kami tak mampos-mampos. 

Malam ini abang yang pegang penyapu dan berus. Bukan apa, azam tahun baru ini nak kurus. Hehe! 

Oh lupa nak beritahu, minggu depan kami melangkah setapak lagi, kali ini dalam bidang katering. Untuk projek baru ini, kami menerima tempahan bawah 500 pax dulu. InshaAllah jika diberi kepercayaan, kami akan cuba masuk ke pasaran katering perkahwinan. Doakan kami berjaya ya. 
'Atas bantuan peniaga Cina itu, kami masih berniaga di sini' 'Atas bantuan peniaga Cina itu, kami masih berniaga di sini' Reviewed by Editor on 9:14 PM Rating: 5