Bayi lahir dua kepala, satu badan


MEXICO - Seorang ibu selamat melahirkan 'seorang bayi' namun mempunyai dua kepala, mengejutkan doktor dan orang ramai, lapor Daily Mail.

Video yang dirakam oleh ibu saudara bayi berkenaan, dimuat naik ke laman sosial dan tersebar meluas.

Menurut doktor, kedua-dua bayi itu berkongsi hampir kesemua organ badan namun mempunyai kepala dan otaknya sendiri. 


Pasukan perubatan dan doktor juga enggan mengulas lanjut mengenai kelahiran bayi tersebut dan hanya mengesahkan ibu bayi berkenaan dalam keadaan stabil. - The Reporter