'Pandai akak ni buat drama' - Nizza


PUTRAJAYA - Semalam netizen dikhabarkan ada seorang ibu bersama dua orang anaknya meminta bantuan orang awam di Stesen Petronas, Puncak Alam. 

Perkongsian yang dimuat naik oleh Emma Minhat itu menjadi viral lebih dari 10,000+ perkongsian di Facebook. 

Bagaimanapun, status itu telah dipadamkan tidak beberapa lama kemudian selepas ramai pihak yang tampil mendedahkan bahawa wanita itu sebenar telah menipu orang ramai. 

Dalam masa yang sama juga, ada segelintir netizen yang mengecam, menunding jari dan menyalahkan pihak-pihak seperti pihak masjid, zakat dan sebagainya kerana tidak memberi bantuan kepada keluarga wanita ini. 

Lembaga Zakat Selangor (LZS) kesal dengan tindakan netizen yang tidak bertanggungjawab terbabit, tampil memuat naik penjelasan seorang pengguna Facebook yang menjelaskan cerita sebenar. 

"Pandai akak ni buat drama. Maaflah kepada semua rakan-rakan Facebook yang comment di sini. Jujur saya akui, rakyat Malaysia ini memang prihatin sebenarnya. Dulu pernah kena tipu dengan akak ini. Alasan dia menggunakan anak-anak. Seharian naik motor dia boleh dapat tiga beg beras dan dia belanja di kedai makan beli tomyam dan paprik. Ada pula duit? Tak pelik ke? 

"Sebab dulu dia pernah kata suami dia kerja bawa lori dan dia juga bekerja. Dia dapat duit dari Pusat Zakat setiap bulan. Kalau dia bekerja, dia tak akan meminta sampai macam itu sekali. 

"Pakcik saya dah terkena dengan perempuan ini. Dia datang rumah minta duit dengan muka kasihan dan alasan dia anaknya sakit, perlukan duit untuk buat pembedahan. Pakcik saya masih mempunyai anak-anak kecil hanya mampu beri RM50 sahaja sebab dia pun nak guna duit untuk anak-anaknya sekolah. 

"Memang betul orang kata 'don't judge a book by it's cover' tetapi kadang-kadang kita kena judge juga. Jangan percaya orang terlampau mudah. Pandai akak ini menipu, hebat akak ini punya drama. Good akak, well done. Terima kasih sebab berjaya buat semua orang prihatin terhadap anda. 

"Harap jangan kecam saya okay, ini realiti, bukan nak auta," katanya Nizza Etton. 

KISAH 3 BERANAK SUSAH MINTA BERAS DI PETRONAS PUNCAK ALAM UNDANG KECAMAN NETIZEN Kami sempat melihat post yang viral...
Posted by Lembaga Zakat Selangor on Thursday, 26 January 2017

Justeru, LZS menasihatkan orang ramai tidak cepat mencari salah, menunding jari dan menghukum orang atau pihak lain sewenang-wenangnya. - The Reporter

Artikel berkaitan:
'Pandai akak ni buat drama' - Nizza 'Pandai akak ni buat drama' - Nizza Reviewed by Editor on 9:44 AM Rating: 5