Dendam 2 bekas pekerja, 3 anak kecil jadi mangsa


KAJANG, SELANGOR - Susulan viral gambar tiga kanak-kanak di sebuah taska di Bangi diikat, polis telah menahan empat suspek yang terdiri daripada pengurus dan pembantu taska bagi membantu siasatan. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanya berkata, empat wanita berusia antara 24 dan 46 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan hari ini. 

"Tiga pekerja wanita ditahan di taska berkenaan pada jam 4.20 petang. Kita turut menahan pengurus taska tersebut di sebuah pangsapuri di Kajang Prima Impian, jam 5 petang. 

"Kanak-kanak terbabit turut dihantar ke Hospital Kajang untuk pemeriksaan dan pihak hospital mengesahkan tiada sebarang kecederaan fizikal," katanya. 


Dalam laporan Harian Metro itu juga melaporkan, kejadian 'dera' itu dipercayai dilakukan oleh dua bekas pekerja taska berkenaan yang berdendam kerana diberhentikan kerja. Kedua-dua bekas pekerja berusia 20-an itu hanya bekerja di taska berkenaan dalam tempoh empat dan lima hari saja.

Menurut Othman, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, Isnin depan untuk arahan selanjutnya. - The Reporter

Artikel berkaitan:
Dendam 2 bekas pekerja, 3 anak kecil jadi mangsa Dendam 2 bekas pekerja, 3 anak kecil jadi mangsa Reviewed by Editor on 10:30 PM Rating: 5