Gadis 'Ular' dibuang sekolah kerana pelajar lain takut melihat keadaannya

Loading...

INDIA - Seorang remaja perempuan yang bersalin kulit setiap enam minggu kerana mengalami penyakit kulit yang ganjil dibuang sekolah kerana rakan sekelas takut dengan keadaannya itu, lapor Daily Mail. 

Shalini Yadav, 16, menghidap erythroderma, penyakit radang kulit yang juga dikenali sebagai 'sindrom lelaki merah', tidak dapat dirawat oleh doktor 

Dia perlu merendam badannya dalam air setiap jam dan menyapu krim pelembab pada badan setiap tiga jam bagi mengelakkan kulitnya mengelupas. 

Namun keluarganya tidak dapat menanggung kos ubat krim tersebut menyebabkan Shalini sentiasa mengelupas setiap 45 hari semenjak dilahirkan. Kini Shalini dibuang dari sekolah kerana kanak-kanak lain takut dengan penampilannya yang seperti ular. 


Ibunya, Devkunwar berkata, Shalini menghidap penyakit ini sejak zaman kanak-kanak. 

"Kami sudah bawa dia berjumpa dengan beberapa doktor, namun tiada seorang pun yang boleh merawat penyakitnya yang semakin lama semakin teruk keadaannya. 

"Saya hilang daya bilamana melihat kulitnya mengelupas yang juga menyebabkan dia terpaksa menanggung kesakitan untuk jangkamasa yang lama. 

"Penyakit ini tidak membunuhnya tetapi ia merampas kehidupannya sedikit demi sedikit. Kami sudah kehabisan ikhtiar untuk membantunya," kata Devkunmar. 

"Lebih baik mati daripada hidup begini," tambah Devkunmar lagi. 


Shalini mempunyai dua beradik, Sejal, 15, dan Price, 8, yang dilahir secara normal dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. 

Bapanya, Rajbahadur, berkata, "Ia benar-benar sedih kerana dia dilahirkan tidak normal dan mempunyai kulit bersisik di seluruh badannya. Ia kelihatan seperti daging terbakar dari telapak kaki hingga ke kepala."


"Saya mahu belajar tetapi mereka buang saya dari sekolah kerana pelajar lain takut melihat wajah saya. Semua ahli keluarga saya menderita kerana keadaan saya seperti ini. 

"Tapi apa salah saya? Apa dosa yang telah saya lakukan sehingga disumpah dengan penyakit ini? Saya mahu hidup, tolonglah saya jika anda berkemampuan." kata Shalini. - The Reporter