Hanez Suraya failkan permohonan cerai terhadap Romie


Hanez Suraya dilaporkan telah memfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam terhadap suaminya, Romie Razin Adilha Abd Rais, lapor Sinar Harian

Menurut sumber yang dipetik oleh Sinar Harian, pelakon berusia 32 tahun itu hanya diwakili peguamnya di mahkamah pagi tadi. 

Berita pergolakan rumah tangga Hanez itu sudah lama menjadi perhatian umum. Bagaimanapun ia reda apabila pasangan berkenaan sama-sama mencari jalan penyelesaian dengan mengambil langkah bercuti ke luar negara, baru-baru ini. 

Malangnya, percutian itu ternyata gagal untuk menyelamatkan rumah tangga mereka. 

Sementara itu, Hanez juga pernah menyuarakan hasrat untuk kembali aktif berlakon namun Romie tidak memberi keizinan kepadanya untuk kembali ke dunia seni. 

Hanez dan Romie berkahwin pada 25 Mac 2015 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aleesya, berusia 13 bulan. - The Reporter
Hanez Suraya failkan permohonan cerai terhadap Romie Hanez Suraya failkan permohonan cerai terhadap Romie Reviewed by Editor on 8:46 PM Rating: 5