Jangan lakukan 6 perkara ini dalam WhatsApp group kelas anak



1. Jangan iklankan perniagaan sendiri mahupun orang lain di dalam group. Itu group untuk makluman sekolah dan kelas sahaja. 

2. Jangan beri arahan macam-macam kepada guru seperti:
  • "Tolong tengokkan anak saya"
  • "Tolong tengokkan dia bawa buku ke tak"
  • Dan lain-lain
PM tepi jika anda perlukan pertolongan

3. Jangan menerjah group jika berlaku kes yang tidak diingini seperti kita menyangka ada kes buli dalam kelas. Kita pun tanya dalam group macam-macam. Sila PM tepi, serahkan kepada guru untuk membuat siasatan, bukannya ambil tindakan sendiri.

4. Jangan mengharapkan guru membalas atau respon pada mesej anda secepat mungkin. Guru juga ada banyak tugas yang perlu dibuat di sekolah. nak layan 30-40 pelajar dalam satu kelas. Beri mereka masa.

5. Jangan overshadow guru. Guru belum jawab lagi tetapi dia dah jawab dulu. Sekali salah pula jawapan yang diberi. Kalau nak tolong respon, biarlah dengan cara yang berhemah. 

"Saya tolong jawabkan untuk cikgu ya.."

6. Jangan buat group macam group jiran tetangga atau group mesyuarat tingkap jiran belakang. Ini group formal, tak semua ibu bapa di dalam group itu kita kenal.

Mak Pengetua pening dengan group WhatsApp anak ada 6 group. Kalau semua ada group, 3 anak, darab dua - sekolah pagi dan petang. Apa-apa pun, di mana pun, bila-bilam asa pun, berakhlaklah dengan semua orang. Akhlak dijunjung, budi disanjung.

Ibu bapa dalam group itu bukan semua kita kenal. Jadi berbudilah dalam berbicara. Berhati-hatilah dalam tingkah laku dan kata-kata. Sekian.