Jemput 1,000+ tetapi yang hadir walimah hanya 200+

Gambar hiasan sahaja | Foto - Mai Izyani
I don't know why. But I'm sorry.

Beberapa buah walimah rakan dan sahabat sebelum ini, saya hadir. Tetapi jujur saya katakan, tak sampai 10 orang yang bersungguh-sungguh saya kenal dalam majlis itu. Rakan-rakan yang still connected. Mana yang lain? Pengantin senyum. Jemput sesungguhnya. Bukan tak jemput. 

Ada seorang hamba Allah, jenis yang mewajibkan diri hadir setiap walimah yang menjemput dia. Kecuali ada aral yang langsung tak boleh dielakkan. Rajin ziarah rakan-rakan. Apabila dia buat walimah anak dia, daripada 1,000+ jemput, hanya 200+ saja yang hadir. Lauk pauk yang terbiar sampai ke petang, ada yang terpaksa ditanam.

Allah, saya yang mendengarnya pun terguris. Pedih hati walaupun bukan ujian diri. 

Ada yang diuji. Jenis rajin menziarah rakan-rakan karib setiap kali hari raya. Kalau berita sakit pun hadir. Dari jauh sampailah ke dekat. Namun sampai hayat dia, tiada berbalas ziarah. Setiap tahun raya tak semua yang betul-betul usaha nak balas datang ke rumah kembali. Hanya manis-manis mulut dibiar basi 'jemput datang rumah..."

Lama saya menungkan hal ini, berfikir. Andai jarak jauh menjadi alasan tetapi tiada aral, apalah salahnya berkorban wang dan masa hanya sekali seumur hidup? Sekali. Bermaksud tak pernah ziarah langsung sebelumnya.

Andai tarikh bersilang, apalah salahnya berusaha hadir sebelum walimahnya. Ziarah sebagai tanda berkehendak meraikan? Andai tiada kenderaan, apalah salahnya usahakan sesama rakan satu jalan?Melainkan memang langsung tiada kesempatan. 

Jika benar-benar ada alasan yang menghalang kehadiran, maka raikan sahaja mereka dari jauh dengan doa. Kalau kenalan itu pernah beberapa kali hadir menziarah tempat kita berteduh, itu lebih patut untuk kita usaha raikan. Selagi mampu, walau sekali seumur hidup. Usahakanlah. 

Jemputan walimah bukan sengaja berbahasa bermanis mulut. Mesti tuan rumah dah target anggaran makanan untuk tetamu dan tentu sekali berserta harapan. Orang kita, tak dijemput-bertanya, berwajah makan hati. Bila dijemput, ala kadar, ada kesempatan. 

Ingat, setiap muslim ada hak ke atas saudaranya yang lain. Salah satu yang Rasulullah SAW sebut apa? Ya, penuhi undangan bila diundang. 

Ulamak sepakat menyebut, undangan yang disyariatkan yang wajib dipenuhi adalah walimah. Kalau ada dua kali, wajib yang pertama sahaja. Melainkan undangan walimah itu bersifat umum. Contohnya yang disebarkan di Facebook tanpa menyebut nama sesiapa. Itu tidak wajib. Kalau personal, wajib. Usahakanlah. 

Walimah yang wajib ini adalah pada yang mengikut garis syariat. Yang jemput itu orang muslim dan tak ada unsur maksiat yang tak boleh dicegah. Kalau ada unsur maksiat dan tak mampu dicegah, gugur hukum wajib.

Bab hukum ini, banyak dan bermacam-macam jenis. Belajar lagi dengan orang yang lebih faqih. Post ini saya fokuskan pada yang wajib. Harap tak ada jelmaan pelik-pelik. 

Tidur comel-comel nanti, bawa pesan Nabi SAW ni molek-molek dalam tidur.

Rasulullah SAW bersabda, ertinya:

"Apabila seseorang di antara kalian diundang untuk menghadiri Walimatulurus, penuhilah.” (HR. Muslim)

Dan,

"Barangsiapa yang tidak menghadiri undangan walimah/pernikahan, sungguh dia telah durhaka pada Allah dan Rasul-Nya.” (HR. Muslim).

Wallahualam.
Jemput 1,000+ tetapi yang hadir walimah hanya 200+ Jemput 1,000+ tetapi yang hadir walimah hanya 200+ Reviewed by Editor on 2:21 PM Rating: 5