Header Ads

  • Terkini

    Recent Posts:

    'Kalau mama ada, mesti Nabila lagi cantik'


    Sebak membaca status ringkas yang dimuat naik oleh seorang bapa tunggal ini. Di kala anak-anak yang lain dihantar ke sekolah dengan seragam sekolah yang kemas dan teratur, murid perempuan ini pula dalam keadaan tudungnya yang tidak betul. 

    Status Zubayry Abady yang dimuat naik pagi tadi benar-benar mengusik hati ramai netizen. 

    "Maaflah Nabila, abah tak reti pakaikan kau tudung. Senget benget. Kalau mama ada, mesti Nabila lagi cantik. Apa-apa pun, selamat menuntut ilmu. Esok kita cuba lagi pakai tudung ye.

    "Jadi, buat suami-suami dan bapa-bapa di luar sana, jangan komplen kalau isteri atau anak-anak kita lewat bersiap. Memang susah nak adjust tudung ini sebenarnya," katanya. 

    Ramai netizen yang melahirkan rasa simpati dan tidak kurang juga memberikan tunjuk ajar kepada Zubaydy bagaimana memakai tudung pada anaknya itu.


    Ada segelintir netizen bertanya di manakah ibu Nabila, namun Zubayry hanya mampu memberikan jawapan berikut:

    Mama Nabila sedang berkasih sayang dengan Allah di syurga...

    Rasa sebak di hati bila terkenang akan nasib Nabila yang kehilangan ibunya dalam usia kecil sebegini. Semoga Zubayry dan anaknya sentiasa dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian hidup dan berjaya dalam kehidupan di dunia serta akhirat. - The Reporter

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad

    Powered by Blogger.