Kenapa larang motosikal kecil berbanding kenderaan besar dari memasuki KL? - Menteri


KUALA LUMPUR - "Kenapa larang kenderaan kecil dan bukannya kenderaan besar?" demikian kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang membantah cadangan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang semalam melarang 'kapcai' memasuki ibu kota dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon, lapor Free Malaysia Today

"Kenderaan besar lebih banyak daripada motosikal berkuasa rendah di dalam ibu negara. Jadi, kenapa melarang kenderaan kecil dan bukannya kenderaan besar?" katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di Menara Kuala Lumpur hari ini. 

Meskipun tiada perbincangan diadakan dengan Tengku Adnan, tetapi beliau berkata perlu ada kajian saintifik bagi menyokong cadangan tersebut dan mengenal pasti penyumbang terbesar pelepasan karbon. 

"Kalau ini boleh dikenal pasti, kemudian kita boleh kurangkan jumlah kenderaan itu memasuki bandar," katanya. 

Selain itu, beliau turut mencadangkan Kementerian Wilayah Persekutuan menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma seperti yang dilaksanakan di Englang yang menggalakkan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam. 

"Dengan cara ini, jumlah kenderaan di jalan raya dapat dikurangkan dan penggunaan bahan api juga dapat dikurangkan," katanya - The Reporter
Kenapa larang motosikal kecil berbanding kenderaan besar dari memasuki KL? - Menteri Kenapa larang motosikal kecil berbanding kenderaan besar dari memasuki KL? - Menteri Reviewed by Editor on 9:17 PM Rating: 5