Musim batuk, elok amalkan petua ini


Kebelakangan ini, ramai yang mengalami batuk sehingga menganggu prestasi kerja atau rutin harian. Lebih teruk lagi bila menjelang malam, susah nak tidur lena. Akhirnya pada keesokkan hari, badan menjadi letih dan tidak bermaya. 

Ubat batuk yang dijual di kedai runcit atau pasar raya tidak banyak membantu. Apatah lagi gula-gula seperti Strepsil, Woods dan Dequadine hanya melegakan kerongkong seketika. Nak beli ubat di klinik/farmasi? Mungkin ada yang tak suka makan ubat dan mungkin ada yang belum dapat gaji.  

Namun ada satu petua ini yang anda mungkin boleh cuba. Petua yang sesuai bagi setiap peringkat umur. 


Oleh Jes Tham

Saya nak kongsi petua ini dari pakar-pakar ubat China dan Taiwan. Jus ini untuk menggurangkan batuk yang berlarutan (persistence cough) terutamanya musim batuk sekarang. Sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa. 

Cara memasak: 
  1. Potong bahagian atas dan bawah buah limau seperti yang ditunjukkan dalam gambar. 
  2. Letak secubit garam di bahagian atas buah limau dan sapu rata. Kalau boleh cucuk dengan garfu atau chopsticks sebelum menyapukan garam di atasnya agar garam dapat meresep ke dalam buah tersebut dengan cepat. 
  3. Kukus selama dua jam. Nak kurangkan masanya juga boleh tetapi jus yang dihasilkan tidak banyak.
  4. Selesai mengukus, perah buah limau dan ambil air yang terkandung dalam loyang tersebut. Minum jus buah limau tersebut. Rasanya sedikit masin dan pahit ya.
  5. Buat dan amalkan sehingga batuk anda berhenti

Sama ada berkesan ataupun tidak, ia bergantung kepada badan setiap individu.