Penjawat awam diingatkan agar sentiasa taat setia pada kerajaan yang diperintah BN - Menteri


PUTRAJAYA - Penjawat awam diingatkan agar sentiasa menyokong kerajaan yang diperintah oleh Barisan Nasional, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, lapor MalaysiaKini. 


Azalina turut mengingatkan, mana-mana penjawat awam yang ingin menyuarakan pendapat haruslah menggunakan saluran yang betul. 

Azalina dilaporkan berkata demikian ketika berucap Majlis Perhimpunan Bulanan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Putrajaya, pagi tadi.


Selain itu, penjawat awam juga diingatkan agar lebih berhati-hati memuat naik sebarang kenyataan di media sosial kepunyaan masing-masing agar tidak menjadi seperti pegawai di kedutaan Malaysia di Manila yang digantung tugas dan diarahkan pulang bagi siasatan dan tindakan tatatertib kerana menyiarkan komen fitnah terhadap bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.  - The  Reporter