'Ini rumah ke, neraka?' - Pasangan ini berjaya deco sehingga menjadi rumah idaman

  • Beli rumah secondhand selepas bertunang, jimat RM60-70K
  • Ubahsuai rumah konsep minimalist
  • Sanggup buat pelbagai kerja asalkan mempunyai hasil yang kelak digunakan untuk mengubahsuai rumah idaman mereka.


Alhamdulillah, hari ini genap setahun enam bulan duduk di rumah yang asalnya home sour home. Suami beli rumah ini atas tangan saja. Beli betul-betul selepas kami bertunang. Nak beli rumah baru, macam tak berapa nak mampu. Jadi, cari punya cari, Alhamdulillah jumpa. Mungkin rezeki nak kahwin masa itu. Tetapi dalam rumah itu, masyaAllah. Pertama kali tengok, dalam hati kata "ini rumah ke, neraka?" 

Menurut jiran-jiran di kawasan ini, yang pecah masuk ke rumah ini adalah jiran sebelah rumah kami. Dia boleh pula menukang buat perabot di rumah ini tanpa pengetahuan tuan rumah. Pemiliknya tidak pernah tinggal di rumah ini, jadi memang kosong habis. 

Fikir punya fikir, ambil sajalah sebab kalau ikut harga pasaran semasa kami beli, jimat RM60K-RM70K. Tapi memang azablah nak bersihkan rumah ini. Mujur mak dan ayah saya banyak membantu kami bersihkan rumah ini. Kalau mereka tak tolong, memang tak siap-siap lagi rumah ini. 

Kami nak berkahwin memang struggle gila. Dengan nak kahwinnya, dengan nak beli rumah, nak bayar deposit rumah lagi, beli barang rumah pun masa itu yang wajib sahaja seperti peti ais, mesin basuh, televisyen. Mujur suami ini ada set bilik tidur semasa bujang. Kemudian, mak bagi dapur gas yang dia tak gunakan. Jadi kami guna/pakai saja apa yang ada.



Kami pindah pun lampu atas saja ada. Yang lain masih belum ada lagi. Senang cerita memang macam romantik saja rumah kami pada masa itu. Padahal rasa macam berhantu pun ada juga. 

Selepas berpindah, saya memang berazam mahu mencuba mengubahsuai rumah yang asalnya home sour home ini menjadi rumah home sweet home walaupun saya tiada bakat untuk mendekorasi rumah. Saya tak nak barang mewah-mewah, tak nak penuhkan barang dalam rumah. Sekadar beli yang perlu sahaja. Dalam erti kata lain, minimalist gitu. 




Tetapi seriously, memang bukan senang nak completekan barang dalam rumah. Sampai sekarang pun tak complete lagi terutamanya di bahagian dapur. Nak rumah acah-acah sweet, saya haruslah bekerja keras. Di situlah bermula saya pasang niat nak buat kerja online, buat make up dan buat apa-apa saja yang boleh mendatangkan hasil. Syukur Alhamdulillah, rumah yang sour ini perlahan-lahan bertukar menjadi acah-acah sweet. 
















Sebelum itu nak beritahu, pernah juga kena kecam sebab ada orang kata, "alah, ini nak ambil gambar saja kemas. Hakikatnya bersepah!" 

Terus terang saya katakan di sini, seperti mana yang anda lihat dalam gambar, seperti itu jugalah keadaan rumah yang sebenarnya. Seriously saya memang tak suka rumah saya bersepah.
'Ini rumah ke, neraka?' - Pasangan ini berjaya deco sehingga menjadi rumah idaman 'Ini rumah ke, neraka?' - Pasangan ini berjaya deco sehingga menjadi rumah idaman Reviewed by Editor on 9:58 PM Rating: 5