'Saya tak jual pil gugur kandungan' - Mangsa


KUALA LUMPUR - Terkejut dituduh menjual pil menggugurkan kandungan secara online, seorang wanita keturunan Indonesia membuat laporan polis jam 9.12 pagi, Selasa lalu. 

Haslina Hayat, yang mempunyai status warganegara tempatan dan bekerja sebagai jurual itu terkejut apabila dimaklumkan oleh rakannya bahawa gambarnya telah tersebar di media sosial atas dakwaan menjual pil tersebut. 

"Malam Isnin lalu, saya menerima mesej WhatsApp dari rakan yang memaklumkan bahawa gambar saya telah diviralkan oleh seorang perempuan Melayu yang tidak dikenali, kononnya saya menjual pil gugurkan kandungan kepadannya. 

"Sedangkan saya tidak pernah menjual barangan tersebut serta tidak pernah mengenali individu berkenaan," katanya. 

Haslina membuat laporan polis itu di balai kerana bimbang akan keselamatan diri dan kesal ada pihak yang menyalahgunakan gambarnya bagi tujuan yang salah.

Terdahulu tersebar di laman sosial beberapa gambar perbualan yang menunjukkan pengadu berbual dengan seorang wanita bernama Mei Ling yang menawarkan pil tersebut. Mey Ling bagaimanapun, telah menggunakan gambar milik Haslina, kononnya itulah wajah Mey Ling yang sebenar menyebabkan mangsa dikecam teruk di media sosial. - The Reporter

Artikel berkaitan: 
'Saya tak jual pil gugur kandungan' - Mangsa 'Saya tak jual pil gugur kandungan' - Mangsa Reviewed by Editor on 11:19 AM Rating: 5